Monday, December 15, 2008

cancer...

Kanser Payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan , miskin, kaya, tua, muda turut diancam. pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institute telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan . kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor MEROKOK dan KEKURANGAN SENAMAN. kadar kanser payudara mempunyai 50% KAITAN DENGAN APA YG KITA MAKAN.

PAYUDARA
* Perubahan saiz dan rupa
* Lekuk Pada kulit
* ketulan atau penebalan

PUTING
* Puting berdarah
* Ruam di puting dan dipersekitaran (jarang berlaku)
* Puting tertarik ke dalam
* Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
* Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masalah payudara yang tidak mudarat. keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.

LENGAN
* Ketulan atau bengkan di atau sekitar ketiak
* rasa sakit kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi perhatian utama

info :

semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. keadaan ini boleh mengakibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal

semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mngkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

semasa umur 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst) , pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan samaada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.

PEMAKANAN

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi AKAN MENINGKATKAN KADAR KANSER PAYUDARA. LEMAK HAIWAN DAN MINYAK KELAPA merupakan sumber lemak tepu.

LEMAK MAKANAN

kanser yang terjadi pada wanita disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen didapati ada kaitan dengan jumlah lemak tepu dalam pemakanannya. bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak. bagi mereka yang berisiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ke tahap 15 - 20% . lima peratus lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti MENTEGA, SUSU, TAIRU, DAGING DAN LAIN-LAIN. 10% lagi daripada MINYAK SAYURAN, AVOKADO, MINYAK ZAITUN DAN LAIN-LAIN.

SERABUT MAKANAN

Serabut makanan atau bahan kasap berfungsi MEMELIHARA KESIHATAS USUS BESAR, MELARUTKAN BAHAN KARSINOGEN DAN MENOLONG MEMBANTU DALAM PENGALIRAN HORMON STEROID TERMASUK OESTROGEN. kajian telah menunjukkan 57% KADAR KANSER PAYUDARA PADA WANITA SEBELUM PUTUS HAID YANG MENGAMALKAN SAYUR-SAYURAN SECARA TERATUR.

KANSER PANGKAL RAHIM

barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai KANSER SERVIK merupakan barah YANG KEDUA PALING TINGGI kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak (reproductive age).

SALAH SATU faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah KEHADIRAN ANTIBODI KEPADA HUMAN PAPILLOMAVIRUS ( kumpulan virus yang sama menyebabkan ketuat kelamin ). walaupun tidak berbahaya , virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim menyebabkan perkembangan barah.

disebabkan itu wanita YANG KERAP BERTUKAR-TUKAR PASANGAN berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks. selain itu, hubungan seks pada usia terlalu MUDA DAN TABIAT MEROKOK. Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, kira2 26% sahaja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74% lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payudara.

"INI BERMAKNA LEBIH 1,300 WANITA DIDIAGNOSIS MENGHIDAPI KANSER SERVIKS DAN LEBIH 750 ORANG WANITA MATI AKIBAT PENYAKIT INI SETIAP HARI. SECARA AMNYA WANITA PERLU MENJALANI 3 JENIS PEMERIKSAAN IAITU KANSER PAYUDARA, ULTRASOUND DAN PAP SMEAR SEKURANG-KURANGNYER 2 TAHUN SKALI

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku didalam sel pada permukaan pangkal rahim. ini disebut pra kanser.

TANDA-TANDA GEJALA PANGKAL RAHIM
* Lelehan Faraj yang berair dan berbau busuk
* rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks
* Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks
* sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

p/s : sesungguhnya penyakit kanser ini sungguh menakutkan aku yang sedia takut tuk admit di hospital...




Thursday, December 11, 2008

LELAKI

citer nie da lama da. ada la 4 tahun lepas.
seorang budak lelaki (muka mcm budak baru lepas sekolah menengah, jambu giler) datang melaporkan diri di pejabat aku. masa tu, aku tak amek peduli pun siapa dia. bkn sbb aku sombong tpi sbb aku ada keje dan report2 duty nie bukan bidang tugas aku, so what i care. so, kenal 2 la budak tue ngan ofismate aku yg lein. bila diperkenalkan pada aku, baru la aku tgok muka mamat tue. mmg jambu giler. muka budak baik.hahaha. just smile dan introduce my name. tak lama pas tue, tup2 ada mamat kat belakang aku ( belakang aku ada meja kosong ). rupanya chip aku letak budak tu kat belakang aku. jd jiran la kita ek. akekekekek. yg bestnyer yg aku perasan sgt budak tue perhatikan apa jer yg aku buat. smpai aku sound dia, yg tengok aku jer , naper?. ( giler samseng sey ). da nama budak baik kan, kena sound ngan aku gitu pun dia just sengih jer. isk,isk,isk..mati kutu aku dibuatnya. pedulikan ler..
tak lama pas tue, dia minta pindah tmpt ngan chip aku. tak tau naper. yg best nyer chip aku kata budak tu takut ngan aku sbb aku garang . biol tul..tak kenal aku saper, da cop aku garang. g mampos. so, bekerja la dak tue ngan rajinnyer ( biasala dak baru, apa je yg kita suh buat, dia wat. cuba suh skrang, smpai sok petang pun blum tntu keje tu jalan ).
tibala waktunyer we all dpt biter yang we all kena pindah kat putrajaya. wah!!!. best sey. sbb aku dpt bilik aku sndiri . tak de la dok partition. no privacy langsung. tak sabarnya.
so, 2 bulan sblum berpindah, we all langsung tak wat keje. keje mengemas pejabat je la stiap ari. g keje kai jeans, kai kasut jalan. wah, mmg joli sakan ler..tghari siap g karaoke g. tiap ari lak tue. isk,isk,isk,..wlupun gitu, tiap ari kitaorang smua bekerjasama kemas pejbat. masa tue ar baru la aku berckp ngan mamat jambu nie ha. mana tak nyer, masa tue aku tak de keje nak wat. yela, pa kan. kemas brg sndiri, kemas barang bos, da siap. satu minggu jer. yg minggu lein, ngulauuuuuuuu.disbbkan aku nie terasa bersalah tak wat keje, aku offer kan diri aku mengemas bilik stor ngan ofismate aku yg sorang nie. agak rapat ngan dia. so, stiap ari dok stor berdua ngan dia kira barang. bila da tak larat nak sttle kan berdua, ajak la mamat jambu nie tolong. dia pun tolong ar. masa tue la aku bckp ngan dia stlah beberapa bulan dia keje kat pjbt aku.
bermula dari situ, aku rapat ngan dia. smpai kena gosip aku skandal ngan dia. bodoh giler. masa tue aku da tunang la bangang!!!.
ntah dimana slapnyer aku ngan dia jadi musuh skrang nie. smuanya gara2 dia penah menaruh hati pada aku..salah ker aku menolak dia yg meminati aku dlm diam?. aku anggap dia adik jer. tapi dia anggap aku lbih dari tue, apa yg aku leh wat?. aku tak leh halang hati dan perasaan org lain. sehinggala sekarang.
yg pastinyer citer ini da jadi sejarah dalam kamus kehidupan aku. ada banyak lagi sejarah yg telah tersimpan kemas dalam diri aku nie yg tak leh terungkap ngan kata2. sesungguhnyer pengalaman2 ini la yg membuatkan aku lebih kenal erti kehidupan ini dan membuatkan aku lebih bijak dalam mengatur perjalanan hidupku yg masih panjang dan masih banyak onak liku kehidupan yg perlu ditempuh. kadangkala aku rasa rugi sbb kehilangan kawan yg baik ngan aku tapi disbbkan sikap ego dia yg tak leh terima aku tolak dirinya, membuatkan aku lebih kuat untuk cpt melupakannya.
lagi sorang yg aku nak lupa adalah DIA. DIA penah muncul dlm hidup aku sedikit masa lalu. DIA yg mengajar aku ERTI CINTA. dan DIA la jugak yang mengajar aku untuk kuat berhadapan dengan LELAKI yang ego. DIA seorang lelaki yang tak penah aku sangka akan khianati aku. aku berikan sepenuhnyer kepercayaan pada dia untuk harungi hidup ini, tapi DIA yang menghancurkannya. DIA yang membuatkan hati abah dan mak aku terluka. DIA yang membuatkan mak abah aku dihina. SUMPAH,sampai mati aku takkan LUPA akan DIA dan MAK DIA. kalau aku ditakdirkan bertemu dengannya, aku nak sgt DIA menyesal kerana buat aku mcm nie. aku nak DIA rasa apa yang aku rasa. aku tak membalasnya tapi biarlah orang lain yang kenakan DIA bagi pihak aku...
aku bahagia dengan pilihan hidup aku sekarang. dan aku harap DIA pun bahagia DENGAN KEHIDUPAN YG DIA PILIH DIATAS KEHANCURAN HATI ORANG LAIN ...

bosan giler...

kenapa aku bosan?
1. hari2 aku dtg keje, mcm makan gaji buta. sebabnya, aku tak de keje. opis baru aku nie mmg menguji tahap kerajinan aku yg selama ini telah terpupuk stlah 5 tahun bekerja. sblum ni, aku banyak gile kejer. dengan paper kabinet yg tidak berhenti cukup buat aku tak menang tangan untuk menghandlenyer..sekrang nie, surat masuk nak dpt 10 keping pun susah..giler punyer jabatan.
2. bosan dengan tpt aku nie. wlupun baru, aku da rasa bosan. nak tukar tmpt lain yg tak kenal saper aku..senang buka buku baru. yang paling penting, bosan ngan orang kerajaan yang ada nyer lebih bangang dari aku yg tak seberapa pengalamannya. cukup menyakitkan hati bila berurusan dengan org mcm tue. nama jer pangkat tinggi (stkt gred 22, pjam mata je aku leh cpai) tp bangang nyer tak leh nak kata. kata experience 35 tahun tapi failing yg paling membosankan dalam kehidupan kerajaan nie pun boleh tak tau. mmg bangang dan sungguh membosankan. dan sbbkan inilah aku mencari gaduh ngan org yg lbih tua dari aku. tak respect langsung. huh!!
3. bosan ngan sikap diri sndiri dan kwn2. sikap aku yg ego, yg pemarah cukup buat aku bosan ngan diri sndiri. slalu bertanya pada diri kenapa aku mcm nie tapi sampai sudah tak de jalan penyelesaiannya. kwn2 lak, seringkli meninggalkan diriku terkontangkanting. ini lagi buatkan aku nak belah dari sini secepat yg boleh.
4. disbbkan aku yg bosan nie, masa aku dihabiskan dengan layan internet 8jam shari waktu bekerja. bullshit
5. sbbkan aku bosan, ari2 aku ngantuk g keje. bkan sbb bangun lambat, tp sbb tak de keje. dan sbbkan ini, tiap pagi rasa mcm malas gile nak g keje. apa nak buat nie?
* p/s : bosan jadi diri aku yg skarang nie. nak jd yg baru tapi asyik terjadi gak diri yang lama, mcm ner nie...
ayg, tq sbb memahami diri aku yg sungguh mmbosankan ini..

Wednesday, December 10, 2008

lirik lagu untuk yang tersayang

Ayat-ayat cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku diantara cinta yang luhur


* Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekejam cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maaf kan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Mungkinkah ku bersujud


Tercipta untukku

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Hanya kata yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Thursday, December 4, 2008

my wedding day...
















tarikh : 25,26 dan 27 Oktober 2008





Tempat : Pekan Meru dan Kg. Pandan, KL










Seminggu sebelum hari pernikahan aku, aku tak rasa paper pun..bengong kan.kakak aku siap marah aku g. kata aku mcm tak nak kawin. mana taknyer mak abah aku ngan kakak aku yg pening utk majlis aku, aku lak , smpat g keje, smpat g g dating, sempat g enjoy ngan kwn2..hahahahha...bayangkan ari sabtu aku nikah, ari khamis baru la aku lek umah mak aku. da kat umah mak aku tue baru la terpkir, punya la banyak benda aku tak settlekan lagi..mati aku..ngan cenderamata tak masuk dlm beg g, ngan beras tak dpt g, ngan tak g spa nyer, ngan tue nyer , ngan nie nyer...ha kau, pdn muka aku..yang bestnyer, aku tak amek peduli pun makan beradap aku nyer hidangan..nasib ada mak teh aku yg ku import dari pekan pahang..hahahaha, tak pasal2 jer kan...nasib baik dia memg terer masak..thank u , mak teh...










khamis tue dok lepak g, ari jumaat tu memng tak leh belah...dari pagi smpai ke ptg, aku tak lekat kat umah..sian kat mama afni , jd drebar aku..maklumlah, mak datin nie mana ada lesen keter,akekekekekek...ari jumaat tue la nak g anta brg gubah, ari jumaat tue la nak g spa, ari jumaat tue la nak amek muffin, ari jumaat tue gak la nak kemas bilik pengantin, ari jumaat tue gak la kaum kuarga ku dari pahang sampai..mampus...memg terduduk aku, smpai tak tau mna satu nak disettlekan dulu..sudahnyer aku ditugaskan kemas bilik pengantin je,..yang lain mak aku ngan kakak aku settlekan..heheheheh..tu la namanya pengantin..huhuuh..mlm tue, da ada yg dtg..mlm tue la pasang pelamin. hampehnyer pelamin, rupanya sebijik sgt ngan pelamin kakak aku..aku nak yg lain, dipasangnyer yg lain...tensyen tul, mungkin sbb umah aku nyer bumbung rendah kot ( dua tingkat )..mmg sebijik sgt. bezanyer warner jer, kakak aku waner purple, aku waner hijau..huhuhuuh..(amek mak andam yg sama pun)...bilik pengantin aku, nasib baik cantik dihias..heheheh..thank u kak kamarini (kamarini bridal sense, shah alam )..akak tue memng superb..layanan baik, mekap cantik,..mlm tue aku kai inai sorang2.. adik bongsu aku yg darjah enam yg tolong kaikan tangan aku g sblah. akak aku?, hampeh tuel...dulu dia kwin, tangan kaki aku yg kaikan..bila aku kwin, dia siap lari..sengal...










ari sabtu, hari aku nikah.muka aku sblum mekap, mak datok..punyer la byk .....nasib baik akak tue pro..jd cntik muka aku...tept jam 11.30pg aku dinikahkan oleh abah ku sndiri dengan mas kwin RM80 dengan sekali lafaz...giler syahdu pagi tue,..huhuhuhuu










ahad, kenduri umah aku, ari isnin kenduri belah husband aku..tak 100% yg dtg sbb masa tu ramai la plak wat kenduri..ceh










paperpun, aku lega sangat segalanya telah selesai..1st thing yg aku sure sgt, seronok kwin nie, rugila plak tak kawin awai2,,,hahahahhaha,,










so, enjoy my picture,..
* p/s : baju nikah, waner silver + purple..umah mak aku, wane hijau, umah kg. pandan, purple

Wednesday, December 3, 2008

aku, kawan-kawan dan suamiku..

hallu....

aku tak tau ar aku nie sebenarnya orangnyer jenis yang mcm ner ( i mean sikap aku ) ...biasala, kita nie perlu org yg judge kita kan..so, biarlah orang2 yang mengenali aku yg judge aku siapa aku sebenarnya....huhuhhuuh

kawan - kawan aku ramai...tapi kan lagi ramai kawan aku, lagi ramai kwn aku yg hilang dari aku..entahlah,...kadang2 sbb jarang contact,..kadang2 sbb da ada kmitmen lain kan, tapi ada gak hilang sbb salah faham ( gaduh ) tapi tu tak ramai..leh bilang ngan jari..mmm, abaikan la,..mungkin ada silapp aku gak disitu. cuma satu jer harapan aku, walaupun aku da berkahwin, aku tetap kawan korang...

suami aku?...dia sangat comel di hati aku.hehehehhe..serius , comel gile..kadang2 nak mrah pun ,tak jd sbb ada je gelagat dia yg comel tue yg wat aku ketawa.siap leh wat chicken dance g,..memang golek2 aku gelak kalau dia wat chicken dance tue..tapi sbnarnya bukan sbb tue jer aku pilih dia jd suami aku..dia seorang yang kuat pegangan agamanyer, sangat taat pada ibu dan bapanya ( kata orang, kalau lelaki nie, dia taat pada ibu dia, insyaallah dia akan jaga isteri dia mcm ner dia jaga ibu dia ), seorang yang manja dan sangat cute orangnyer..yang penting, abah aku sukakan dia ( restu abah aku tu yang penting tue..)...

semoga rumahtangga yang ku bina berkekalan hendaknya..amin...
*miesha*