Monday, December 15, 2008

cancer...

Kanser Payudara telah menjadi satu penyakit yang tidak mengenal batasan , miskin, kaya, tua, muda turut diancam. pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institute telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan . kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor MEROKOK dan KEKURANGAN SENAMAN. kadar kanser payudara mempunyai 50% KAITAN DENGAN APA YG KITA MAKAN.

PAYUDARA
* Perubahan saiz dan rupa
* Lekuk Pada kulit
* ketulan atau penebalan

PUTING
* Puting berdarah
* Ruam di puting dan dipersekitaran (jarang berlaku)
* Puting tertarik ke dalam
* Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
* Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masalah payudara yang tidak mudarat. keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.

LENGAN
* Ketulan atau bengkan di atau sekitar ketiak
* rasa sakit kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi perhatian utama

info :

semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. keadaan ini boleh mengakibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal

semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mngkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

semasa umur 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst) , pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan samaada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.

PEMAKANAN

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi AKAN MENINGKATKAN KADAR KANSER PAYUDARA. LEMAK HAIWAN DAN MINYAK KELAPA merupakan sumber lemak tepu.

LEMAK MAKANAN

kanser yang terjadi pada wanita disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen didapati ada kaitan dengan jumlah lemak tepu dalam pemakanannya. bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak. bagi mereka yang berisiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ke tahap 15 - 20% . lima peratus lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti MENTEGA, SUSU, TAIRU, DAGING DAN LAIN-LAIN. 10% lagi daripada MINYAK SAYURAN, AVOKADO, MINYAK ZAITUN DAN LAIN-LAIN.

SERABUT MAKANAN

Serabut makanan atau bahan kasap berfungsi MEMELIHARA KESIHATAS USUS BESAR, MELARUTKAN BAHAN KARSINOGEN DAN MENOLONG MEMBANTU DALAM PENGALIRAN HORMON STEROID TERMASUK OESTROGEN. kajian telah menunjukkan 57% KADAR KANSER PAYUDARA PADA WANITA SEBELUM PUTUS HAID YANG MENGAMALKAN SAYUR-SAYURAN SECARA TERATUR.

KANSER PANGKAL RAHIM

barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai KANSER SERVIK merupakan barah YANG KEDUA PALING TINGGI kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak (reproductive age).

SALAH SATU faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah KEHADIRAN ANTIBODI KEPADA HUMAN PAPILLOMAVIRUS ( kumpulan virus yang sama menyebabkan ketuat kelamin ). walaupun tidak berbahaya , virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim menyebabkan perkembangan barah.

disebabkan itu wanita YANG KERAP BERTUKAR-TUKAR PASANGAN berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks. selain itu, hubungan seks pada usia terlalu MUDA DAN TABIAT MEROKOK. Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, kira2 26% sahaja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74% lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payudara.

"INI BERMAKNA LEBIH 1,300 WANITA DIDIAGNOSIS MENGHIDAPI KANSER SERVIKS DAN LEBIH 750 ORANG WANITA MATI AKIBAT PENYAKIT INI SETIAP HARI. SECARA AMNYA WANITA PERLU MENJALANI 3 JENIS PEMERIKSAAN IAITU KANSER PAYUDARA, ULTRASOUND DAN PAP SMEAR SEKURANG-KURANGNYER 2 TAHUN SKALI

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku didalam sel pada permukaan pangkal rahim. ini disebut pra kanser.

TANDA-TANDA GEJALA PANGKAL RAHIM
* Lelehan Faraj yang berair dan berbau busuk
* rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks
* Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks
* sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

p/s : sesungguhnya penyakit kanser ini sungguh menakutkan aku yang sedia takut tuk admit di hospital...




No comments: