Monday, June 15, 2009

naper dia yang menjadi pilihan untuk menjadi suami ku...

aku mula mengenal erti cinta sewaktu aku dialam menjadi seorang pelajar. masa tue, aku berkawan dengan seseorang nie..aku kenal dengan dia masa aku di sem. 2 dan dia di semester 3. so dalam erti kata lain , dia senior aku cuma berbeza course jer..
tamat belajar, aku masih dengan dia sehinggalah termetrinyer ikatan pertunangan antara aku dan dia..aku kenal dia dalam 4 tahun. dalam 4 tahun, macam2 dugaan kami hadapi dan akhirnya penghujung cerita kami bila genap 10 bulan kami ditunangkan, pertunangan itu diputuskan oleh kuarga dia. 4tahun kami kawan, 10 bulan kami tunang akhirnya sampai disitu sahaja citer kami...dalam alam pertunangan itu, da nampak sebenarnya keretakan yang melanda cuma kami masing2 cuba menidakkan takdir tuhan...kami cuba selamatkan apa yg boleh kami selamatkan. atas aper yg kami cuba selamatkan inilah, mak aku dan mak dia bergaduh. mak aku berendam air mata disebabkan ini. dari itu aku nekad, jika dia buat lagi mak aku menangis, aku takkan teragak2 utk mengakhirkan segala-galanya.. akhirnya dia yg putuskan hubungan ini. masa aku terima berita putusnya ikatan kami, aku tak menangis pun. abah aku tepon kata pertunangan telah diputuskan. aku tepon dia, dia pun mengaku yg mak dia telah putuskan ikatan kami. aku terdiam sejenak. sempat mengutuskan satu senyuman yang boleh ku kata agak melegakan.. tak lama lepas tue, abah tepon, tanyakan keadaan aku...masa tue la semangat aku hilang..masa tue la aku rasa terduduk sangat..tak sangka apa yg aku cuba pertahankan selama 4 tahun tue, hilang dalam sekelip mata. dalam masa yg sama, aku tak sangka mak abah aku amek berat sebenarnya pada aku..yelah, mak dan abah aku tak penah tunjuk kasih sayang mereka tapi aku sebagai anak tau sangat yang mak abah aku sayangkan aku sepertimana mak dan abah aku sayangkan adik2 aku yg lain...putusnyer pertunangan itu, maka berakhirlah cerita aku dan dia..sehingga sekarang aku tak penah pkkan dia, dan tak nak pkkan dia..tapi jauh disudut ati aku, agar satu hari nanti aku dipertemukan semula dengan dia dan nak tunjukkan pada dia, aku boleh hidup bahagia disamping orang lain...
dan sekarang, ternyata aku bahagia dengan pilihan hatiku sendiri iaitu suami ku yang AMAT COMEL...:-P
ingat lagi, aku jumpa dia masa kat kursus protokol anjuran kementerian lama aku di Langkawi. dari awal aku rasa malas sangat nak pergi. sebabnyer, nama jer kursus utk pa, tapi yg pergi, typist, peg. perhubungan pelanggan, dan kerani..pa baper kerat jer yg pergi..kalau tak silap aku, pa dari kementerian aku dua orang jer..siut tul..pa2 yg lain tak pergi..siap leh lepas tanpa sebarang tindakan disiplin lak tue..tapi, ada hikmah disebaliknyer kan...
kalau tak silap aku, kursus tue bulan 4 tahun 2007. aku gamble jer pergi sorang2..dengan tak de geng nyer...nasib la kat langkawi tue, baru la aku jumpa kwn2 lain yg satu kementerian dengan aku..so, berkawan la ngan dorang semua..dapat kawan baru.
dalam kursus tue, aku satu kumpulan dengan suami ku..masa sesi pengenalan dalam kumpulan, aku tetiber jadi pemalu. aku ckp dgn kak nadia yg kebetulan kwn satu kementerian dengan aku..yg lain wlupun pmpuan, tak bercakap pun..punyer la kerek aku waktu tue..yang aku perasan suami ku masa tue amat banyak mulut..bising tul mulut dia..tak abis2 bergelak ngan en. ali..(rupanya sama2 satu agensi, padanpun)....saat yang paling wat aku geram sebenarnya ngan suami ku bila dia perdajalkan aku tuk wat presentation..siut tul...punyer ramai pmpuan dlm grup kami tue, aku yg jadi mangsa..mmg masa tue berbakul2 sumpah seranah dalam ati aku nie ha..jangan tak tau...dari situ, aku da berani cari pasal ngan dia..sesuka aku jer kata dia tipu bila dia kata dia g solat...nak cari pasal punye pasal..hahahha..dari situ, mana aku pergi, nampak dia...g jln2 kat bandar kuah pun nampak dia ngan berdoyon2 beg beli coklat...masa tue aku jahat g...padanla bulat sbb banyak makan coklat..hahahhaha...
hari penamat kursus, ntah naper aku menghantar kepulangan dia dengan pandangan mata yang aku sendiri sukar tuk mentafsirkannya..yang malunyer, dia pasan lak tue..hampeh tul..hahahhaha
selepas kursus, kami bertukar2 email dan mesej tepon..dia anta gambar2 group kami by email..tukar2 no tpon dan kerap bersms..dari situ la kami rapat..
kami declare jadi pasangan kekasih..dalam tempoh persahabatan kami, aku amat menyenangi sikap dia..dia amat manja orangnyer dan amat comel keletahnya..serius comel..ada jer wat aku ketawa..yg paling penting, dia seorang yang kuat pegangan agamanya..(komperm la abah aku suka). dalam persahabatan kami, aku jelaskan padanya segala2 citer aku dengan orang lama. alhamdulillah, dia terima dan faham naper semua tue terjadi..
bawa dia jumpa abah dan mak, dan adik beradikku..alhamdulillah mereka terima dengan senyuman dan restu..masa tue tau dah, dia yang terbaik tuk aku sebenarnya...
sehinggalah aku ditunangkan dan dinikahkan dengan EN. MOHD FAHMI BIN MOKHTAR, aku banyak mengenali erti kasih sayang dengan dia..
sehinggalah saat ini, dia masih yg terbaik tuk aku dan harap dia tetap yang terbaik buat aku sehingga akhir hayat ku...
walaupun dia tak sehensem orang lain, yang penting, dia comel pada mata aku..amat comel..
* baby aku nie bakal ikut jejak abah dia yg comel..so cute kan...tak sabar nak tunggu baby kuar..bentuk badan dia dan muka dia masa scan tue, mmg iras sangat muka suami ku (dok yg cakap)..heheheh..sebenarnya sepanjang aku mengandung nie, aku amat suka tengok muka suami aku..sebelum tido, aku mesti tengok muka suami ku yg comel tue puas2...mgkn sbb tue kot muka baby pun iras abah dia..hehehheh..
* semoga dia tetap menjadi yang terbaik utk aku dan baby...sampai syurga
******************************

* aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya satu, hanya kamu...

3 comments:

Miz Jac said...

semoga korang berdua bahagia sepanjang hayat korang.. ;)

Anonymous said...

sodeh den baco..

tp sangat lah hepi....
ku doakan kebahagiaanmu..

Nur Aida said...

yang... ni aida BE-ELEGANT, blkogspot tudung, nnt u emailkan aida kod2 tudung, nama, alamat n hp yea

sebab nnt aida taktau sape yang antar :)