Saturday, September 19, 2009

Lahirnya Ahmad Zahin bin Mohd Fahmi

syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat aku melahirkan zuriat yang aku tunggu selama 9 bulan 10 hari pada 17 september 2009 yang lalu..

16 september 2009
aku mula merasakan perut ku sakit pada petang rabu, 16 September 2009, lepas buka. sakit nyer semacam. aku pun da rasa semacam. rasa mcm nak g hospital malam tu jugak tpi takut punyer pasal, membuatkan aku berpk berpuluh kali. aku tahankan je sakit perut ku. mlm tu sempat g makan pizza di tesco ampang. nasib baik la sakit perut tu datang tak kerap. tu yang buatkan aku berani lagi tuk berjalan2 pada malam tue. balik dari tesco, mak mertua aku cadangkan tuk aku buat pemeriksaan di hospital pada keesokan harinya memandangkan aku da ada tanda2 sakit perut wlaupun tak kerap.

17 september 2009.
bangun pagi agak lewat. perut makin sakit walaupun tak kerap. cukupla buatkan aku berpeluh2 walaupun baru je lepas mandi. ni tak leh jadi nie. aku kejutkan suami ku yang nyenyak tidonyer..yela, malam tue dia berjaga utk aku..takut2 aku kesakitan malam tue kan...dia bangun punye kelam kabut..mandi laju2, siap laju2, kemas ape2 yg patut, then terus kitaorang g hukm. g emergency. wat pemeriksaan rutin (check air kencing dan tekanan darah). masa check tekanan darah tue, agak tinggi sikit walaupun nak masuk 5 kali wat ujian. mgkn sbb aku risau kot. dok panggil. nak check bukaan pintu rahim. wah, ni yg tak best nie. nak kena kangkang nie tapi nak wat cmner kan,...da itu prosedur dia. dok pempuan..nasib la badan..check2 baru buka 1cm. mula2 dok nak bg aku balik..aku da senyum da..punye lebar la senyuman tue...tapi tak lama da...dok suh admit ward gak sbb aku over due..huhuhh..ni yg tak suka nie dok kat ward nie...

dlm kul 12.00 tengahari, aku dihantar ke wad untuk ibu2 mengandung. dlm kul 5, aku merasakan kontraksi yang makin kerap. daripada 1o minit sekali kepada 5 minit sekali..isk, dia nyer sakit tak tahan siut..senggugut tue aku leh thankan lagi, tapi kontraksi nie tak tau mcm ner nak tahan,..sbb nyer kalu senggugut , aku leh telankan ubat tahan sakit, nie kontraksi nak telan aper plak...da la ada baby kat dlm perut...kmperm tak leh tahan paper ubat tahan sakit nie..dari 5 minit sekali menjadi makin kerap..jadi 3 minit sekali. isk, lagi tak leh tahan. tanya dok, dlm kul 8 nti check bukaan rahim plak...dari kul 5 nak ke kul 8 tu, punyer la lama...aku nie puas la jln ke hulu ke hilir nak hilangkan sakit perut aku tue....tunggu punyer tunggu dari kul 8 smpai kul 10mlm, aku tak dpanggil2 lagi tuk wat pemeriksaan..aku da makin sakit nie...da la laki aku tak de..ntah mana hilang..masa tue tak pk laki da..sakit mengatasi segalanya..sebelum dipanggil utk wat pemeriksaan, tengah2 tahan sakit nie, mak abah aku datang da..lagi tak leh tahan..terus berjuraian air mata...teresak2 aku nangis...mak aku bg semangat sambil urut2 pinggang aku..kuasa Allah kan, sentuhan ibu nie merupakan ubat segala penyakit...masa tue, kesakitan aku hilang dalam sekelip mata. aku tak rasakan sakit pun...aku lebih rasakan kasih sayang mak aku...tengah layan urut mak aku tue, aku dipanggil tuk wat pemeriksaan bukaan rahim ngan pecahkan air ketuban..

tengah2 tak larat nie, gagahkan gak kaki melangkah ke bilik pemeriksaan..masa tue, tak pk da, sakit ke aper ker..dok check, bukaan da 5 cm. pecahkan air ketuban..da mcm kencing da..tapi lekit2..dok nak suh tolak aku ke labour room. kuar bilik pemeriksaan, ada g dua orang sedang menunggu. tengok aku kesakitan, muka dorang pun cuak jer..huhhu..dlm kul 10mlm lebih aku dihantar ke labour room..cari2 suami aku, ntah mana dia hilang. yang ada cuma mak..alamak, nie yang buat aku makin lemah nie...aku nak dia..aku suh gak nurse cari laki aku...

dalam labour room, oh ho..suasana nyer sungguh la menakutkan..dengan laungan seorang ibu bertarung nyawa utk melahirkan zuriatnyer dan laungan seorang bayi yang telah selamat dilahirkan ke dunia ini menambahkan ketakutan yang telah sedia ada dalam diri aku nie. sebab aku da sakit sangat, aku da tak sabar nak tamatkan kesakitan aku nie..aku nak ianya cepat2 berakhir...

atas katil, tangan aku dicucuk air, dibagi gas tuk tahan sakit sambil suami di sebelah..sakit lebih mengatasi segalanya..bagi la ubat aper pun tuk tahan sakit tapi mmg tak lut nyer...cucuk kat bontot lak tuk bagi kurang sakit..tak gak jalan..gas, lagi la..mata da ngantuk, tekak da kering, tenaga da kurang, baby tak lahir2 gak...

sampai satu masa, aku minta suami aku panggilkan dok ngan nurse...aku mmg tak leh tahan nak teran..dari sorang dok ke dok yang lain smua tak berjaya buatkan aku push baby aku. aku kekurangan tenaga dan nafas aku tak cukup panjang tuk lahirkan baby...dorang da ptus asa. siap bg aku tmpoh hanya 10minit lagi tuk aku cuba..kalau tidak nak forceps baby..aku da cuak msalahnyer tenaga aku tak de..aku tak tau nak cari kat mana..sumpah, aku penat sangat...

datang la sorang dok lelaki nie. bangsa asing. cukup profesional..dengan dia, mudah untuk aku lahirkan baby ku..dia tak putus asa, malah bantu aku lagi tuk melahirkan baby aku sbb aku da tak banyak masa lagi...takut baby lemas dalam perut..tapat jam 3.17pagi, baby aku lahir. tapi masa nak keluarkan dia tue, subhanallah, punyer sakit..mak abah aku yg kat luar labour room dengar suara aku yg marah kan nurse, marahkan suami ku, menjerit2 bagai orang tak de iman...subhanallah..memang tak ingat dunia..tapi alhamdulillah, lahir jer baby ku, aku hilang segala penat, hilang segala sakit...masa dok jahit luka aku, aku smpat mohon maaf ngan dok dan nurse2 kat situ atas keterlanjuran sikap ku tadi..tak lupa juga mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pertolongan dorang..memang servis kat hukm tip top la..serius..

so, lengkapla kehidupan aku sekarang nie..dengan kelahiran Ahmad Zahin bin Mohd Fahmi, maka lengkaplah kehidupan aku dan suami..ternyata, kelahirannya membawa seribu satu makna dalam hidup kami memandangkan Zahin lahir dipagi 27 ramadhan..bulan yang mulia..semoga zahin menjadi seorang anak yang soleh..amin..

3 comments:

Miz Jac said...

Tahniah Cha kerana telah melahirkan seorang bayi yang tersangatlah comel.. 'seram' gak baca pengalaman kau tu.. macam mana pulak lah aku nanti ek? sama lah kot.. semua wanita akan melalui semua detik2 itu.. hopefully kehadiran Zahin akan menyerikan lagi hubungan kau n Fahmi.. All the best babe! =)

*ape lak bunyik ambulan pagi2 buta nih? iskkk

Anonymous said...

tahniah fren..aku memang cuak bace cite ko ni nak nanges pun ade..aku tumpang gembira n bahagia ngan kebahagiaan ko skang...semoga zahin menjadi anak yang soleh..aku rindu kat ko..

Suka Bebel said...

Tahniah, semoga kehadiran Ahmad Zahin membawa bersama limpahan rezeki buat kamu sekeluarga. amin